Oleh ATIKAH DALI
GOMBAK- “Saya dengar suara orang menjerit meminta tolong dan sebaik sampai ke kolam renang saya nampak Hafifi sudah berada di dasar kolam.”
Demikian cerita Muhamad Izad Yusof, 20, ketika menyaksikan detik rakannya, Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan, 20, yang mati lemas di kolam renang Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini semalam.