Penulis: Fauzi Zakaria
Penerbit: Jundi Resources hubungi telefon bimbit: 019 372 8844
Buku ini menceritakan perjuangan Sayyid Qutb di Mesir, keluarganya dan saat-saat kesyahidannya. Bab 4 mengutarakan Pengaruh Hakimiyyah Terhadap Pas dan Abim. (Saya sempat berkenalan dengan enam pemimpin ABIM , yang nyata saya tidaklah terkesan dengan peribadi mereka yang agak tidak menyenangkan kecuali Saudara Razak Idris yang menghormati saya. Ada yang berpura-pura, play it safe, berkepentingan peribadi lagi tidak amanah. Mereka tidak menghidupkan sahsiah dan roh pendakwah. Setakat nampak baik, lembut gigi dari lidah dan berpura-pura, hanya mengaburi pandangan khalayak. Yang terkena pasti dapat membeza intan dari kaca, hanya jauhari dapat mengenal manikam). Oh ya, saya tersasar dari ulasan buku ini…..Yang nyata tulisan ini bukan karya Professor Kangkung. Pemerhatiannya objektif dan tepat (rujuk muka surat 148). Saya amat terkesan dengan pesanan terakhir Assyahid Sayyid Qutb yang dinukil pada kulit belakang buku yang saya salinkan di bawah untuk anda nikmati:
Saudara!
Seandainyai kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakan obor buat umat ini
Dan…
Teruskan perjalanan ke Gerbang Jaya
Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rinduNya
Janganlah gentar berkelana di Alam Abadi
Nun di sana fajar sedang memancar…