After much ding dong I received an official reply from MOHE in February 2009 (nearly 8 mths after I complained)

                                Rujukan kami: JPT (A) 1000/011/011/04 (5)

                                                      Tarikh: 3 Februari 2009

 

Puan,

ADUAN MENGENAI ISU KETIDAKADILAN TERHADAP PENSYARAH DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

2. Sebagaimana Puan sedia maklum, Jabatan ini telah menerima aduan Puan mengenai isu Puan dituduh tidak efisyen kerana enggan bekerjasama dalam menilai semula markah pelajar yang mengikuti kelas Puan pada 15 Jun 2008. Jabatan ini melalui suratnya kepada Naib Canselor Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) rujukan JPT (A) 1000/011/011/04 bertarikh 27 Jun 2008 telahpun melakukan siasatan ke atas isu seperti tersebut di atas dan mendapati bahawa Senat USIM telah bertindak wajar atas kapasitinya selaku authority tertinggi dalam hal ehwal akademik dan mempunyai hak untuk memohon markah pelajar dinilai semula.

3. Jabatan ini sekali lagi menerima aduan dari Puan pada 3 Disember 2008 mengenai isu ketidakadilan yang berlaku terhadap Puan sehingga mendorong Puan meletakkan jawatan selaku Pensyarah Universiti Gred DS45 berkuatkuasa mulai 18 Disember 2008 melalui surat Puan kepada Pengurusan USIM bertarikh 17 November 2008. Jabatan ini telah sekali lagi meminta laporan maklum balas Pengurusan Tertinggi USIM mengenai perkara ini melalui percakapan lisan antara saya dan Tuan Addenan bin Hj Abdul Rahman, Pendaftar USIM. Jabatan ini telah meneliti laporan tersebut dan mendapati perkara-perkara berikut:

a) Urusan permohonan perletakan jawatan Puan 

     adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan

     oleh USIM.

 

b) USIM berhak untuk menerima atau menolak

    permohonan perletakan jawatan Puan; dan

 

c) USIM mempunyai kuasa autonomi dalam hal ehwal

    pengurusan dan pentadbiran akademik Universiti.

 

4. Setelah mengambil kira kesemua aspek perbincangan antara saya, Puan dan juga Pengurusan USIM, saya mendapati bahawa tidak timbul sebarang salah laku dari aspek perundangan berhubung kes Puan. Sepertimana Puan sedia maklum, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mempunyai sebarang kuasa atas aspek pengambilan, pelantikan serta perletakan jawatan sebarang urusan perjawatan akademik Universiti. Sebarang perkara lanjut mengenai perkara ini perlulah dirujuk secara terus dengan pihak Pengurusan USIM sendiri.

5. Adalah diharapkan Puan mengambil maklum dengan penjelasan dan pendirian KPT berhubung perkara ni. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan Puan kepada pengajian tinggi selama ini dan berdoa agar Puan akan terus maju jaya dalam apa jua bidang kelak. Kerjasama dan perhatian Puan dalam perkara ini amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Yang ikhlas,

 

(DATUK PROF. MOHD YUSOF BIN KASIM)

Timbalan Ketua Pengarah (Sektor IPTA)

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Comments are closed.