Kosmo! on UPSI!

The MOHE Minister promised to solve problem one day after Kosmo! published the front page news yesterday!!!!! Mr Minister, Why were you SILENT on USIM & MMU??????????

14 Mei 2009

Kuliah UPSI macam pusat tuisyen – Kampus UPSI kian sesak, 9,000 mahasiswa belajar dalam rumah kedai

 

TANJUNG MALIM – Nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) gah sebagai institusi pendidikan unggul tertua di negara ini, namun jangan terkejut jika sebahagian besar pelajarnya kini terpaksa menimba ilmu di kelas-kelas dalam deretan rumah kedai.

Itulah realiti yang terpaksa dihadapi kira-kira 9,000 pelajar UPSI gara-gara kampus induk mereka di sini sudah tidak mampu menampung pertambahan pelajar.

Kebanyakan bakal guru siswazah itu belajar dalam suasana yang kurang selesa di rumah-rumah kedai yang kelihatan seperti pusat tuisyen swasta.

Daripada 16,000 pelajar, hanya 7,000 yang dapat meneruskan pelajaran menggunakan kemudahan dalam kampus UPSI.

Tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan rumah kedai sekitar universiti tersebut semalam mendapati pihak pengurusan UPSI terpaksa menyewa 29 unit rumah kedai dan mengubahsuainya menjadi 53 bilik kuliah.

Antara rumah kedai itu ialah 13 unit di Taman U mengandungi 39 bilik kuliah dan 16 unit di Taman Bernam Baru dengan 14 bilik kuliah dan lapan buah makmal.

Lot-lot kedai yang disewa telah diubahsuai sepenuhnya bagi dijadikan bilik kuliah, makmal, surau, bilik-bilik pensyarah, pejabat am, pejabat penolong pendaftar, bilik rehat pelajar dan bilik keselamatan.

Malah, bagi mengasingkan kesemua blok yang disewa pihak pengurusan terpaksa meletakkan pagar di kaki lima premis tersebut demi menjaga keselamatan pelajar.

Bagaimanapun, pihak pengurusan UPSI difahamkan bakal berdepan masalah baru apabila seramai 5,000 pelajar baru dijangka mendaftar pada Julai ini kerana jumlah bilik kuliah yang terdapat di deretan kedai itu juga sudah tidak mencukupi.

Untuk itu, UPSI mungkin terpaksa menyewa premis baru di Proton City bagi menampung para pelajar baru.

Kos pengubahsuaiannya mencecah RM500,000 bagi 14 bilik kuliah.

15 Mei 2009

Tiada kompromi jika projek kampus lewat

 Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

Comments are closed.