Daily Archives: June 18, 2009

rumah kata pergi, kubur kata mari

Jijah sapa yang melampau? Aku tak makan duit haram macam kau orang, tak sedar diri rumah kata pergi, kubur kata mari, tak sedar diri, masih lagi buat naya orang!!!!! Tak cukup buat naya kat Bukhari Lubis masa jadi dekan di UKM!!!!!  Kah! Kah ! Kah!

Advertisements

Jawatankuasa siasat kesilapan

ARKIB BERITA pada:02/06/2009

Jawatankuasa siasat kesilapan

 

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas berhubung kesilapan dalam pengumuman senarai akhir kemasukan pelajar ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi 2009/2010 berkuat kuasa semalam. Penubuhan jawatankuasa itu diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Omar Abdul Rahman dan akan menyiasat serta mengenal pasti punca kesilapan teknikal yang berlaku di universiti itu. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau memandang serius perkara tersebut dan mengarahkan sebuah jawatankuasa ditubuhkan kerana ia perlu disiasat secara telus bagi mencari punca kesilapan yang berlaku. “Saya prihatin dan memandang berat keresahan para pelajar serta ibu bapa ekoran kejadian ini. Perkara ini akan disiasat,” katanya di sini semalam. Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Pengajian Tinggi memastikan mereka yang layak dengan merit tidak tercicir ekoran kejadian yang berlaku itu. Semalam, akhbar ini melaporkan, pekarangan Pejabat Pendaftar USM di Pulau Pinang kecoh apabila diserbu kira-kira 100 pelajar dan ibu bapa masing-masing berhubung kekeliruan senarai akhir kemasukan pelajar ke universiti berkenaan bagi sesi 2009/2010.