Solat Sunat Pilihan oleh Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Solat Sunat Pilihan

Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Telaga Biru Sdn Bhd

2007

“…Pada dakwah Islamiah, Rasulullah saw keluar dari Madinah menuju ke Thaif supaya penduduknya memenuhi seruannya, sebagaimana yang sering kita dengarkan. Akan tetapi, mereka telah menyakiti dan mengusirnya dari Thaif dan tidak menerima dakwahnya, bahkan mereka menyuruh anak-anak kecil dan hamba sahaya melempar baginda dengan batu dan memperolok-olokan baginda. Rasulullah saw kembali dengan perasaan yang sangat sedih kerana pelbagai cabaran dan kegagalannya itu.

           Akan tetapi, ke manakah Rasulullah saw berlindung? Tetapi kepada siapakah beliau hendak mengadu? Segala-gala di depan matanya menjadi sempit dan masalah yang dihadapinya sangat berat, maka tempat berlindung hanyalah Allah. Pada malam harinya, Rasulullah saw turun ke suatu bukit yang terletak di antara Madinah dan Thaif. Tatkala Rasulullah saw hendak tidur, baginda tidak dapat melelapkan mata, kerana kegelisahan, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan pelbagai ujian yang dihadapinya, maka baginda pun berwuduk dengan air di tempat tersebut. Lalu Rasulullah saw mendirikan solat sambil menangis dan bermunajat kepada Allah.

            Semoga kita menjadi orang yang membiasakan diri dengan menghidupkan malam (qiamulail).”Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.Solat Sunat Pilihan.

Comments are closed.