Antara dendam & mendapatkan keadilan

Antara dendam & mendapatkan keadilan

Kedua-duanya berbeza

Antara penganiayaan & penipuan

Kedua-duanya berkait rapat

Antara haq & batil

Memanglah jelas berbeza

Antara ulama sejati & ulama celup

Antara faqih dan fasiq

Memanglah jelas berbeza

Antara pendakwah ikhlas & pendakwah selebriti

Antara yang pura-pura alim & ahli makrifat

Antara mental & waras

Antara menangguk di air keruh & yang benar-benar tulus lagi ikhlas

Antara cruel & not cruel

Antara fatwa & fitnah

Antara professor serbatau & professor kangkung

Juga berbeza

Antara pelajar tawadhu’ dan pelajar angkuh

Antara bodoh sombong dan bijak

Antara mendidik dan mengapi-apikan pelajar

Antara membela dan menindas

Antara tiada perasaan dan empati

Antara jolok sarang tebuan & batu api

Antara universiti khas untuk pelajar reject & universiti ivy league

Ternyata jauh berbeza

Antara bodoh dan memperbodohkan

jangan salah tafsir

Antara kawan dan musuh

Antara pensyarah DS45 dan pensyarah kanan

Antara pensyarah kanan dan Profesor Madya

Antara anak orang dan anak sendiri

Antara janda dan isteri orang

Antara pakai bra dan tak pakai bra

Antara pakai anak tudung dan tak pakai anak tudung

Antara penciplak dan penulis yang jujur

Antara mengenyam dan tak layan

Antara biasiswa ke United Kingdom dan biasiswa ke Ulu Kelang

Antara gaji dan tidak bergaji

Antara kerja dan tidak kerja

Antara masa depan gelap dan masa depan cerah

Antara jahil dan berilmu

Antara fasiq dan tahqiq

Antara takut dengan bayang-bayang & dilindungi kerajaan

Antara Tanjung Rambutan dan Darul Syifa’

Antara syurga dan neraka

Semuanya dalam ruang lingkup antara

Biarlah Allah menjadi hakim

antara ahli syurga dan ahli neraka

Comments are closed.