Hikmah kedua Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

 

Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 . Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2006.

Petikan dari buku Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 .

Kehendakmu untuk tajrid (beribadat tanpa perlu berusaha dunia), padahal Allah masih menempatkanmu pada golongan orang yang harus berusaha (kasab) untuk mendapat keperluan sehari-hari, maka kehendak itu adalah daripada syahwat hawa nafsu yang tersembunyi. Sebaliknya, kehendakmu untuk berusaha (kasab), padahal Allah telah menempatkan dirimu pada golongan orang yang beribadat tanpa perlu kasab, maka kehendak yang demikian bererti menurun daripada cita-cita yang tinggi.

Comments are closed.