IPTA ajar subjek keusahawanan – Berita Harian

IPTA ajar subjek keusahawanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi mahu subjek keusahawanan diterapkan dalam semua bidang pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dengan jumlah jam kredit ditambah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata usaha itu dapat melatih lebih ramai siswazah menjadi usahawan berjaya serta meletakkan bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya utama selepas tamat pengajian.

“Secara tidak langsung, usaha itu dapat mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah yang sebelum ini bergantung kepada ‘kerja makan gaji’ serta membantu merancak pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (Pusmal) dan pelancaran awal projek ternakan ikan sangkar di sini, semalam.

Comments are closed.