Hikmah ke dua puluh Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 . Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2006.

Petikan dari buku Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006.

Apabila cita-cita tinggi orang yang menuju ke hadrat Allah ingin berhenti ketika terbuka baginya sebahagian yang ghaib,

 

ia segera diperingatkan oleh suara hakikat bahawa itu bukan tujuan,

dan teruskanlah berjalan ke hadapan.

 

Demikian pula tiada kelihatan baginya keindahan alam melainkan ia diperingatkan oleh hakikatnya bahawa kami semata-mata sebagai ujian, maka janganlah tertipu hingga menjadi kafir.

Comments are closed.