Daily Archives: July 28, 2009

[Tan Kian Chong pelajar lelaki Universiti Malaya (UM)] Maut jatuh tingkat 16-Harian Metro 28 Julai 2009

Oleh Mohd Fadly Samsudin

KUALA LUMPUR: “Saya dengar macam bunyi letupan sebelum meliaht datu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif,45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM) yang dipercayai terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong,22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Advertisements

Pelajar UM maut jatuh tingkat 16-Berita Harian 28 Julai 2009

Pelajar UM maut jatuh tingkat 16

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), maut selepas jatuh daripada Tingkat 16, Blok 5 Apartmen Vista Angkasa di Kerinchi di sini, pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Tan, 22, ditemui tertiarap jam 11.30 pagi dalam keadaan mengerikan dengan badan berlumuran darah dan kepala pecah di tempat letak motosikal.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Muar, Johor berdasarkan kad pengenalan ditemui dalam beg yang ditinggalkan di koridor Tingkat 16 apartmen itu.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari bangunan itu berdasarkan penemuan barang miliknya termasuk sebuah beg dan cermin mata yang ditinggalkan di Tingkat 16. Polis juga menjumpai kad pelajar yang tertera tahun 2006/2007.

“Mungkin mangsa masih belajar di universiti berkenaan, tapi tidak memperbaharui kad atau sudah tamat belajar. Kita akan terus menjalankan siasatan walaupun kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, turut terdapat di dalam beg yang ditemui itu adalah nota kuliah milik mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan polis juga sudah memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa di Johor.