Hikmah ke tiga puluh satu Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Hikmah ke tiga puluh satu Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 . Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2006.

Petikan dari buku Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006.

Orang soleh (yang menuju kepada Allah) telah mendapat hidayah dengan nur (pelita) ibadah yang merupakan amalan untuk taqarrub (mendekat) kepada Allah, sedangkan orang-orang yang telah sampai, mereka tertarik oleh nur yang langsung dari Tuhan bukan sebagai hasil ibadah tetapi semata-mata kurnia rahmat Allah.

Justeru orang soleh menuju ke ‘alam nur sedangkan yang telah sampai berkecimpung di dalam nur kerana orang yang telah sampai itu telah bersih daripada segala sesuatu yang lain selain Allah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Katakanlah, Allah kemudian biarkan yang lain-lain di dalam kesibukan mereka berkecimpung (bermain-main).

Comments are closed.