Hikmah ke tiga puluh tiga Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Hikmah ke tiga puluh tiga Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 . Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2006.

Petikan dari buku Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006.

Al-Haq, iaitu Allah (Subhana Wa Taala) tiada terhijab oleh sesuatu pun, sebab tidak mungkin adanya sesuatu yang dapat menghijab Allah Ta’ala. Sebaliknya manusialah yang terhijab sehingga tidak dapat melihat adanya Allah. Hal ini adalah sekiranya ada sesuatu yang menghijab Allah bererti sesuatu itu dapat menutupi Allah, dan andaikan ada tutup bagi Allah bererti wujud Allah dapat dikurung, dan tiap sesuatu yang mengurung itu dapat menguasai yang dikurung, pada hal Allah yang berkuasa atas semua makhluknya.

Comments are closed.