Hikmah ke tiga puluh lima Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Hikmah ke tiga puluh lima Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 . Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2006.

Petikan dari buku Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006.

Asal semua maksiat, kelalaian dan syahwat ialah keredhaan memuaskan hawa nafsu, sedangkan pokok segala keta’atan, kesedaran dan kesopanan akhlak budi ialah pengekangan (penahanan) terhadap hawa nafsu.

Dan engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya lebih baik daripada berkawan seorang ‘alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya.

Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang ‘alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya, dan kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang jahil yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Comments are closed.