Hikmah ke empat puluh dua Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Hikmah ke empat puluh dua Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 . Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2006.

Petikan dari buku Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006.

Jangan berpindah dari satu alam ke alam yang lain. Maka ia adalah laksana himar (keldai) pengisar yang berjalan. Tempat yang dituju itulah juga tempat yang ia mula-mula berjalan. Akan tetapi hendaklah engkau pergi dari semua alam menuju kepada pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan. Dan perhatikanlah sabda Nabi (saw): “Maka sesiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulullah (kerana menurut perintah Allah dan Rasulullah), dia akan sampai atau diterima oleh Allah dan Rasulullah. Dan sesiapa yang berhijrah kerana kekayaan dunia yang akan didapati, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka dia mendapat tujuan hijrahnya sahaja.” Maka fahamilah sabda Rasulullah (saw) ini jika kamu mempunyai kecerdasan faham. Dan selamatlah atasmu.

Comments are closed.