Hikmah ke empat puluh tujuh Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Hikmah ke empat puluh tujuh Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 . Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2006.

Petikan dari buku Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006.

Jangan kamu meninggalkan zikir, (menyebut atau mengingat Allah) disebabkan tidak hadir hatimu terhadap Allah dalam zikir itu, ini kerana kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berat atau berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir. Mudah-mudahan Allah (akan mengangkat darjatmu daripada zikir yang ada kelalaian, kepada zikir yang hatimu sentiasa sedar. Dan seterusnya kepada zikir yang beserta kehadiran Allah dalam hati, dan akhirnya kepada zikir yang lenyap segala yang lain selain Allah. Dan itu semuanya tidaklah sukar bagi Allah.

 

Comments are closed.