Hikmah ke lima puluh dua Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Hikmah ke lima puluh dua Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 . Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2006. Petikan dari buku Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006.

Sesungguhnya Tuhan memberikanmu wirid (iaitu ilmu pengertian atau perasaan dalam hati sehingga mengenal dan benar-benar merasa akan kebesaran kurnia rahmat Allah Subhana Wa Taala) semata-mata supaya kamu mendekatkan diri dan masuk ke hadrat Allah. Allah memberikanmu wirid itu semata-mata untuk menyelamatkanmu daripada cengkaman benda-benda dan membebaskanmu daripada perhambaan segala sesuatu yang lain selain Allah. Allah memberikanmu wirid (kurnia-Nya) supaya kamu keluar atau terlepas daripada kurungan bentuk kejadian dan sifat-sifatmu ke alam luar yang berupa ma’rifah yang mengenal kebesaran, kekuasaan dan kurnia Tuhanmu.

Comments are closed.