Pelajar UIAM lemas dalam kolam renang-Harian Metro

Pelajar UIAM lemas dalam kolam renang

KUALA LUMPUR:Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditemui lemas dalam kolam renang di kampus universiti itu di sini, pagi ini.

Mayat Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan, 20, ditemui pada 3 pagi dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di sini untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata Mohd Hafifi, pelajar tahun pertama, dilaporkan mandi di kolam itu bersama-sama empat rakannya selepas bermain futsal.

“Dia dipercayai tidak pandai berenang,” katanya.-Bernama

Comments are closed.