Hikmah ke lima puluh tujuh Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Hikmah ke lima puluh tujuh Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri

Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006 . Diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2006.

Petikan dari buku Syarah Al-Hikam (Jilid 1) disusun oleh Dr Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2006.

Allah telah memutuskan orang yang sedang berjalan menuju-Nya dan yang telah sampai pada-Nya daripada melihat atau mengagumi amal (ibadat) dan keadaan diri mereka. Adapun orang yang sedang berjalan adalah kerana mereka belum dapat melaksanakan amal ibadat itu dengan ikhlas menurut sebagaimana yang diperintahkan. Adapun orang yang telah sampai, adalah kerana mereka sibuk melihat Allah, sehingga lupa amal perbuatan sendiri.

Comments are closed.