Monthly Archives: October 2009

Penjanaan nilai dana, intelektual di Cambridge Ma wajar dicontohi-berita harian

——————————————————————————– Penjanaan nilai dana, intelektual di Cambridge Ma wajar dicontohi

Oleh Dr Zaini Ujang zaini@utm.my

KIRA-kira dua minggu lalu, warga Massachusetts gembira merayakan kejayaan Jack Szostak, profesor di Sekolah Perubatan Universiti Harvard sebagai seorang daripada penerima Hadiah Nobel (perubatan). Kali terakhir pada 2006 apabila Andrew Fire memenangi Hadiah Nobel (perubatan) dan George Smoot (fizik), kedua-duanya profesor dari Massachussets Institute of Technology (MIT). Tahun sebelumnya, Roy Glauber (fizik), Richard Schrock (kimia) dan Robert Anmann (ekonomi). Dengan kemenangan itu, Massachusetts adalah daerah paling ramai melahirkan penerima Hadiah Nobel di dunia, sama ada di kalangan profesor atau di kalangan alumni Harvard dan MIT. Jumlah penerima Hadiah Nobel (kimia) dari Massachussets saja setakat ini seramai 22, ekonomi 22, keamanan 11, fizik 42, perubatan/fisiologi 40. Pencapaian itu kira-kira separuh jumlah penerima Hadiah Nobel bagi Amerika Syarikat (AS). Itu sebabnya ahli Kongres Massachusetts, Michaele Capuaro dengan bangga menyenaraikan senarai penerima berkenaan dalam laman webnya. Jumlah penerima Hadiah Nobel seramai itu menandakan Massachusetts adalah daerah paling subur bagi perkembangan intelektual dan inovasi. Di sekitar Boston saja iaitu bandar raya utama dengan penduduk dua juta, ada 36 universiti dan kolej ternama. Belum selesai memperkatakan mengenai Hadiah Nobel, Harvard sekali lagi membanggakan warga Massachusetts apabila diumumkan sebagai universiti teratas senarai ranking universiti dunia. Ranking tahunan dilakukan THE-QS itu menempatkan MIT pada kedudukan ke-9 sementara Universiti Boston 54. Sejak ranking bermula pada 2004, Harvard terus mengekalkan kedudukan teratas, manakala MIT dalam lingkungan 10 terbaik, walaupun mempunyai senarai lebih ramai penerima Hadiah Nobel berbanding Harvard. Selain melahirkan intelektual, birokrat, teknokrat dan ahli korporat tersohor, tujuh alumni Harvard adalah Presiden AS iaitu John Adams, John Quincy Adams, Theodore and Franklin Delano Roosevelt, Rutherford B Hayes, John Fitzgerald Kennedy dan George W Bush. Selain itu, Harvard melahirkan nama besar seperti tokoh politik Al-Gore dan Benazir Bhutto, penulis John Updike, pemenang anugerah Academy Tommy Lee Jones dan Mira Sorvino, pelawak Fred Gwynne dan penyair T S Eliot. Kemunculan Harvard dan MIT sebagai pusat kecemerlangan akademik mempunyai latar belakang sejarah, sisipan sosial dan dukungan kewangan tersendiri. Di pekan kecil bernama Cambridge MA, kira-kira 7 kilometer dari muara Sungai Charles, Harvard College ditubuhkan sebagai universiti tertua di AS pada 1636. Nama Cambridge MA itu mengambil sempena Cambridge di England sebagai pusat pengajian tinggi. Kemudian disusuli penubuhan Boston State College pada 1852, MIT pada 1861 dan Universiti Boston pada 1869. Cambridge MA berkembang pesat sebagai ‘pelabuhan ilmiah’ dengan kehadiran imigran, awalnya dari Eropah, kemudian dari seluruh dunia. Harvard ditubuhkan 16 tahun selepas imigran dari England mendarat di Plymouth dengan hanya sembilan pelajar dan seorang guru. Institusi awal itu terus diperkukuhkan dengan kehadiran lebih ramai pengajar dan pelajar sebelum mereka meneroka daerah lain di AS. Sejak awal, komuniti ilmuwan terbabit begitu komited memajukan pendidikan. Mereka bukan saja berkumpul, belajar, berwacana, berinovasi, berkarya dan mengajar bahkan membangunkan institusi ilmu menerusi dana pelbagai pihak dan sumbangan peribadi. Sekadar contoh, Harvard ialah nama pengasas kolej di Cambridge MA, iaitu John Harvard yang mewasiatkan 400 naskhah buku dan wang berjumlah £779. Tanpa dukungan kerajaan dari segi dana, penubuhan institusi ilmu terus berkembang selari dengan kepesatan kependudukan dan industri di sekitar Massachusetts. Terasnya ialah pendidikan mengatasi bidang lain. Untuk itu sumbangan, dana, endowmen dan bayaran diperlukan untuk membangun, memaju dan memantapkan institusi ilmu. Hasilnya Harvard saja mempunyai lebih 11,000 penyumbang endowmen ketika ini yang berjumlah (selepas mengalami pengurangan lebih 30 peratus akibat krisis kewangan) lebih AS$26 bilion. Perkembangan ini bukan terhad kepada institusi bertaraf universiti saja. Malah, sekolah seperti Philips Academy di Andover mempunyai dana endowen berjumlah AS$800 juta. Endowmen itu digunakan untuk membiayai operasi institusi dan biasiswa pelajar. Di Harvard saja, AS$350 juta digunakan setahun untuk biasiswa sebahagian besar pelajar, sementara 60 peratus pelajar Philips Academy mendapat biasiswa (yuran pengajian hanya 60 peratus kos sebenar). Pada hemat saya, ekosistem intelektual di Massachusetts adalah antara terbaik di dunia untuk kita teladani di Malaysia. Tiga elemen penting perlu diberi perhatian. Pertama, institusi ilmu bukan instrumen kewangan untuk mengaut keuntungan peribadi. Itu asasnya semua institusi ilmu di Massachusetts dikendalikan oleh pemegang amanah yang mengendalikan yayasan dan dana endowmen. Kedua, institusi ilmu perlu dimulakan dengan kepemimpinan intelektual terbaik. Dalam konteks Harvard dan MIT, semua program baru dikendalikan tokoh ilmuwan paling menyerlah dalam bidang berkenaan tanpa mengira keturunan, warga negara dan fahaman politik. Ketiga, tumpuan diberikan kepada penjanaan nilai, bukan pembahagian nilai. Dengan kata lain, institusi ilmu perlu melakukan anjakan paradigma daripada memberi tumpuan kepada misi lokal kepada sesuatu penjanaan inovasi, kreativiti, nilai tinggi pada peringkat global. Prof Datuk Zaini Ujang ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sedang mengikuti kursus di Harvard Business School, Boston, Amerika Syarika

Advertisements

Munafiq Magnifique in USIM

Munafiq Magnifique in USIM

Tak habis2 burukkan aku

Wrote about Masjid in Berita Harian yesterday

I wonder how long this Munafiq will go on fooling the world that she is a paragon of virtue

But she is nothing but a slime

a wolf in sheep’s clothing

perpetuating her master’s lies

bitching about my so called problems

What are your problems dear munafiq

You are filled with hasad

I am way above you to feel nothing but contempt towards your deceit

What have you got to say about your recent misfortune?

Allah tests you, doesn’t he?

The malaysian tv especially tv9  miss your munafiq appearance

I remember in 2007 you spoke in Ramadhan about penyucian hati

Memang dasar munafiq, hati sendiri kotor nak ceramah pasal pembersihan hati.

RM1 juta satu IPTA – Peruntukan bagi laksana program nilai tambah siswazah-Kosmo!

NEGARA

RM1 juta satu IPTA – Peruntukan bagi laksana program nilai tambah siswazah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan peruntukan RM1 juta kepada setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menganjurkan program bersama pihak industri bagi menambah nilai dan meningkatkan kebolehpasaran siswazah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program itu mesti berasaskan sektor strategik yang boleh meningkatkan industri berasaskan inovasi dan menjamin peluang pekerjaan untuk siswazah.

“Tidak cukup hanya menguasai ilmu dalam universiti, kerana dunia pekerjaan sekarang memerlukan seseorang graduan itu boleh bersaing, lebih-lebih lagi kerana perubahan yang berlaku begitu cepat dalam sesuatu bidang ilmu.

“Justeru, pihak universiti boleh mengemukakan cadangan-cadangan program seumpama ini kepada pihak kementerian,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara KPT dan Mimos Berhad bagi melatih 50 siswazah IPTA dalam program Pusat Pemecutan Kepakaran Domain Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sini semalam.

 

Inisiatif 1Siswa 1Malaysia -Kosmo!

Inisiatif 1Siswa 1Malaysia Oleh IZAM FAIRUS KAMARUDDIN izam@notes.usm.my USM mengilhamkan gagasan 1Siswa 1Malaysia kerana sedar perlu wujudnya satu platform penyatuan agar semua mahasiswa institusi pengajian tinggi dapat berkongsi pemahaman, penghayatan dan semangat 1Malaysia. PENGENALAN gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009 menyaksikan reaksi pelbagai masyarakat dari seluruh negara. Seluruh masyarakat menyambut baik dan melahirkan inisiatif di pelbagai peringkat khususnya agensi kerajaan, apatah lagi dalam suasana negara yang sedang mencari kembali formula untuk membolehkan rakyat bergerak maju secara bersama bagi membina keutuhan negara. Pada peringkat generasi muda intelek, atau sering dirujuk sebagai golongan mahasiswa, 1Malaysia mempunyai signifikasi yang tersendiri kerana golongan itu dilihat sebagai aset penting negara. Kini, inisiatif tersebut diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi menerusi penganjuran Perkampungan 1Siswa 1Malaysia di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Oktober lalu yang menghimpunkan lebih daripada 1,500 mahasiswa dari 24 buah institusi pengajian tinggi tempatan (IPT). Buat pertama kalinya, program sebegini dianjurkan pada skala yang cukup besar di peringkat IPT dan lengkap dijenamakan dengan logo dan lagu sendiri, hasil ciptaan komposer terkenal tanah air, Azmeer. Uniknya, ia juga disertai oleh rakan-rakan IPT swasta yang turut memberikan komitmen dalam menjayakan hasrat besar negara bagi membina generasi bangsa yang berupaya menerima dan tinggi toleransi terhadap perbezaan budaya, kefahaman dan tatacara kehidupan. Menyedari itulah, USM mengilhamkan gagasan 1Siswa 1Malaysia kerana sedar perlu wujudnya satu platform penyatuan agar semua mahasiswa dari seluruh IPT dapat berkongsi pemahaman, penghayatan dan semangat 1Malaysia dalam satu frekuensi pemikiran yang jelas secara bersama. Pemangku Naib Canselor USM, Prof. Omar Osman ketika merasmikan progam itu memberitahu, 1Siswa 1Malaysia memberi ruang kepada warga kampus belajar mengatasi perbezaan antara mereka dan memperhalusi langkah-langkah yang perlu untuk diambil bagi menjayakan gagasan 1Malaysia. “Mahasiswa mempunyai peranan tersendiri dan idea unik berhubung 1Malaysia. Mereka harus diberi peluang untuk menilai kekuatan dan mempelajari asas penting 1Malaysia yang berlandaskan kepada kata kunci ‘penerimaan.’ “Kami mahu 1Siswa 1Malaysia ini dijadikan program asas di peringkat IPT bagi membolehkan pelajar membawa kelainan dan idea unik mereka bagi membantu negara dan membolehkan 1Malaysia berfungsi sepenuhnya sebagai formula untuk mencapai Wawasan 2020,” katanya. Di perkampungan tersebut, mahasiswa berkumpul menjayakan slot khas, Persidangan Meja Bulat 1Siswa 1Malaysia, bagi menghayati gagasan berkenaan dan mencadangkan resolusi terbaik apa yang boleh ditawarkan oleh mahasiswa untuk memperkasakan lagi 1Malaysia. Menurut Omar, 1Siswa 1Malaysia juga dirancang agar boleh menjadi modul membina barisan generasi intelek yang lebih berdaya saing dan fleksibel supaya mereka mampu meneruskan warisan yang dibentuk oleh pucuk pimpinan negara.

Perkampungan itu turut menggabungkan elemen khidmat komuniti yang berjalan di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Elemen kebudayaan dan elemen intelektual yang dilihat penting bagi mencapai hasrat tersebut.

“Kami juga memperkenalkan program Handshake: A Malaysian Culture sebagai salah satu program utama Perkampungan 1Siswa 1Malaysia.

“Ia memperlihatkan bagaimana pelajar-pelajar antarabangsa di IPT tempatan menghayati seni budaya masyarakat di negara ini dan menterjemahkannya dalam bentuk persembahan budaya.

“Melihat seni dan tarian tradisional yang dipersembahkan oleh para pelajar antarabangsa dari rantau ASEAN dan Eropah, ia cukup menyatakan kepada kita betapa mereka memandang tinggi warisan budaya masyarakat berbilang bangsa di negara ini,” ujarnya.

Program itu turut menyaksikan nyalaan 5,000 pelita dan 400 tanglung sempena sambutan Deepavali dan Pesta Tanglung USM yang diadakan serentak.

Pelajar dari University of Minnesota, Amerika Syarikat (AS), Ian Byrne, berkata, dia kagum melihat perpaduan kaum di negara ini dan keupayaan pelajar untuk menterjemahkannya ke dalam bentuk festival budaya terbesar yang pernah di saksikannya di sebuah IPT.

“Konsep 1Malaysia cukup unik dalam membentuk perpaduan di negara ini yang kaya dengan pelbagai latar budaya. Program 1Siswa 1Malaysia yang menghimpunkan pelajar-pelajar IPT sebegini amat bertepatan sekali kerana ia memberi visual yang cukup jelas terhadap penyatuan masyarakat di Malaysia,” kata beliau yang berada negara ini sejak Jun lalu.

Seorang lagi pelajar antarabangsa, Pinja Koski dari Metropolia University of Applied Sciences, Finland turut melahirkan rasa bangga kerana berpeluang terlibat dalam program sebegini yang sering dipandang sepi oleh sesetengah pelajar di negara lain.

“Memang perlu generasi muda diberi panduan dalam memahami kepentingan perpaduan. Gagasan 1Siswa 1Malaysia telah mewujudkan landasan positif sekali gus memberi asas terhadap konsep perpaduan yang sebenar.

“Ia harus dicontohi oleh pelbagai pihak di negara ini dan di luar sana,” kata beliau.

Dalam pada itu, penulis berpendapat, setiap individu harus berupaya menghargai perbezaan yang ada dan melihat perbezaan dalam konteks yang lebih luas, bukannya sebagai alat untuk memecah belah masyarakat.

Perbezaan itulah yang sebenarnya menjadi kunci kepada perpaduan yang tiada tolok bandingnya di negara ini.

Penulis ialah Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Perhubungan Awam USM.

ISLAMABAD – Dua letupan dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati di kampus sebuah universiti di ibu negara Pakistan semalam dengan menyebabkan lima orang awam maut.-Kosmo!

ISLAMABAD – Dua letupan dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati di kampus sebuah universiti di ibu negara Pakistan semalam dengan menyebabkan lima orang awam maut. Serangan terbaru militan itu berlaku di sebuah fakulti dan kafeteria wanita di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan. Pengeboman kampus universiti Islam terbesar di dunia itu ialah serangan ketujuh dalam masa dua minggu selepas pihak tentera melancarkan operasi memburu Taliban. “Kami dalam keadaan berperang dan mereka (pihak militan) akan membuat apa sahaja untuk menghancurkan negara ini,” kata Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik. Beliau yang berada di sebuah hospital utama di sini menyifatkan penyerang terbabit yang mendakwa sebagai pejuang Islam sebagai musuh kepada Islam dan Pakistan. Kedutaan Amerika Syarikat di Islamabad berkata, serangan ganas terhadap institusi pengajian Islam yang terulung itu menunjukkan penyerang tersebut tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan. Tujuh orang termasuk dua pengebom terbunuh manakala 29 lagi cedera dalam dua serangan berasingan itu, kata seorang pegawai kanan pentadbiran Islamabad, Rana Akbar Hayat. – AFP

Siswi IPTS jual tubuh ditahan-Harian Metro

Siswi IPTS jual tubuh ditahan KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia awal 20-an antara 17 wanita yang ditahan dalam operasi membanteras pelacuran di sebuah pusat spa di Jalan Ipoh, di sini, lewat malam kelmarin. Operasi terbabit dilakukan sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan Ibu pejabat Polis Daerah Sentul. Apa yang menarik, tidak ada sesiapa pun akan menyangka di sebalik dinding di pusat spa terbabit terdapat kegiatan pelacuran. Jurucakap polis berkata, tembelang kegiatan terbabit terbongkar apabila pihaknya membuat intipan selama beberapa hari selepas menerima maklumat orang awam. “Kami dapati pintu diperbuat daripada kayu itu menggunakan alat kawalan jauh. Pelanggan tertentu saja boleh masuk dengan diiringi pekerja mereka. “Seorang pensyarah IPTS warga China antara yang ditahan. Kami dapati dia menyalahgunakan kad pelajar dan kad ekspatriat dengan dipercayai melakukan kegiatan tidak bermoral. “Dua lagi wanita warga China, tiga dari Vietnam, 10 dari Thailand dan seorang wanita Indonesia yang semuanya berusia awal 20-an turut ditahan dalam operasi membersihkan ‘ayam’ di ibu kota ini,” katanya. Menurutnya, semua mereka melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen. Operasi bermula jam 10.30 malam kelmarin itu berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Timur: Siswa syahwat gelora-Berita Harian

Timur: Siswa syahwat gelora Oleh Shaarani Ismail shaarani@bharian.com.my Parkir stadium runtuh tempat layan nafsu GONG BADAK: Memalukan. Pasangan kekasih gelap di bandar raya ini menjadikan tempat letak kereta Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang ditutup sementara berikutan sebahagian bumbung runtuh sejak Jun lalu, sebagai lokasi melepaskan nafsu dan melakukan perbuatan tidak bermoral. Perbuatan pasangan kekasih yang majoritinya adalah penuntut beberapa institusi pengajian tinggi sekitar bandar raya Kuala Terengganu dilakukan tidak mengira masa baik ketika waktu pagi, tengah hari dan petang. Aksi panas menjadi lebih hangat ketika malam dengan memanfaatkan persekitaran sunyi sepi. Dalam operasi terbaru Jabatan Hal Ehwal Terengganu (JHEAT) minggu lalu, mereka menahan seorang pemandu kereta dan pasangannya sedang melakukan kegiatan `ringan-ringan’ berada dalam keadaan mengaibkan. Seperti dijangka, seorang daripada yang ditahan adalah remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga penuntut sebuah IPT swasta, manakala pasangannya seorang lelaki sudah berkahwin berusia 30-an. Penyelia kebersihan di kompleks sukan berkenaan, Bibi Zarina Hashim, 39, berkata kawasan itu kini menjadi tumpuan selepas beberapa kawasan di sekitar pantai berdekatan yang sebelum ini menjadi `port’ muda muda bercumbu diserbu pihak berkuasa. “Mereka yang kebanyakan adalah muda mudi tanpa segan silu bercumbu dan memadu asmara dalam kereta. Mereka langsung tiada perasaan malu meskipun menyedari beberapa pekerja yang membersihkan laluan dan perkarangan stadium melihat gelagat mereka. “Kadang-kadang rasa geram pun ada tapi saya pendamkan saja sebab bimbangkan keselamatan kerana setiap hari berada di kawasan ini. Apa yang saya harapkan, orang ramai atau pihak berkuasa dapat membuat pemantauan lebih kerap bagi menangani masalah ini kerana ia boleh mencemarkan kawasan ini dan penduduk sekitar kerana kami tidak mahu kawasan kami dicop sebagai pusat maksiat,” katanya. Penduduk Rokma Muda, 42, turut meluahkan rasa tidak senang dengan perkembangan itu dan berharap pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakan bagi memastikan imej kawasan berkenaan tidak dicemari dengan perbuatan tidak bermoral. Katanya, perbuatan tidak bermoral bukan saja dilakukan dalam kenderaan, beberapa kawasan sekitar kompleks terutama pondok rehat di sekitar tasik berhampiran stadium tertutup dan laluan berhampiran bulatan masuk ke kompleks sukan terbabit turut menjadi tempat melepaskan nafsu. “Mereka memang tak tahu malu dan tak `makan saman’… aksi baring di atas riba, berpegangan tangan di sekitar pondok rehat memang sudah biasa kami tengok dan mereka sedikit pun tidak peduli kehadiran pekerja di sekitar kawasan ini. Apa yang saya harap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan ia dapat ditangani segera,” katanya.