ISLAMABAD – Dua letupan dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati di kampus sebuah universiti di ibu negara Pakistan semalam dengan menyebabkan lima orang awam maut.-Kosmo!

ISLAMABAD – Dua letupan dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati di kampus sebuah universiti di ibu negara Pakistan semalam dengan menyebabkan lima orang awam maut. Serangan terbaru militan itu berlaku di sebuah fakulti dan kafeteria wanita di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan. Pengeboman kampus universiti Islam terbesar di dunia itu ialah serangan ketujuh dalam masa dua minggu selepas pihak tentera melancarkan operasi memburu Taliban. “Kami dalam keadaan berperang dan mereka (pihak militan) akan membuat apa sahaja untuk menghancurkan negara ini,” kata Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik. Beliau yang berada di sebuah hospital utama di sini menyifatkan penyerang terbabit yang mendakwa sebagai pejuang Islam sebagai musuh kepada Islam dan Pakistan. Kedutaan Amerika Syarikat di Islamabad berkata, serangan ganas terhadap institusi pengajian Islam yang terulung itu menunjukkan penyerang tersebut tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan. Tujuh orang termasuk dua pengebom terbunuh manakala 29 lagi cedera dalam dua serangan berasingan itu, kata seorang pegawai kanan pentadbiran Islamabad, Rana Akbar Hayat. – AFP

Comments are closed.