RM1 juta satu IPTA – Peruntukan bagi laksana program nilai tambah siswazah-Kosmo!

NEGARA

RM1 juta satu IPTA – Peruntukan bagi laksana program nilai tambah siswazah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan peruntukan RM1 juta kepada setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menganjurkan program bersama pihak industri bagi menambah nilai dan meningkatkan kebolehpasaran siswazah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program itu mesti berasaskan sektor strategik yang boleh meningkatkan industri berasaskan inovasi dan menjamin peluang pekerjaan untuk siswazah.

“Tidak cukup hanya menguasai ilmu dalam universiti, kerana dunia pekerjaan sekarang memerlukan seseorang graduan itu boleh bersaing, lebih-lebih lagi kerana perubahan yang berlaku begitu cepat dalam sesuatu bidang ilmu.

“Justeru, pihak universiti boleh mengemukakan cadangan-cadangan program seumpama ini kepada pihak kementerian,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara KPT dan Mimos Berhad bagi melatih 50 siswazah IPTA dalam program Pusat Pemecutan Kepakaran Domain Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sini semalam.

 

Comments are closed.