Serve u right Ghauth Jasmon, They want u to quit!!!Tu lah buat lagi naya kat aku di MMU!!!!

VC tubuh jawatankuasa kaji kelemahan e-undi UM -Sinar Harian
LEMBAH PANTAI – Berikutan desakan dan bantahan oleh penyokong Pro-Mahasiswa (Pro-M) dan juga Penggerak Mahasiswa atas keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM), pihak universiti akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kelemahan sistem e-undi yang diadakan kali pertama ini.

Naib Canselor UM, Prof Dr Datuk Gauth Jasmon berkata, penyokong kedua-dua pihak sepatutnya tidak mengadakan demonstrasi seperti itu kerana keputusan pilihan raya yang diumumkan adalah masih tidak rasmi.

Menurutnya, jika terdapat apa jua masalah dan rasa tidak puas hati penuntut terhadap pilihan raya berkenaan, mereka seharusnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu bukannya dengan bertindak secara melulu.

“Sistem e-undi yang buat pertama kali diadakan di kampus ini akan diteliti semula kerana ada desakan daripada pelajar yang kurang berpuas hati dengan sistem ini dilaksanakan.

“Satu Jawatankuasa Bertindak akan ditubuhkan untuk mengkaji sistem e-undi yang diadakan ini, samada ia cukup relevan atau pun tidak dengan keadaan di universiti ini,” katanya selepas mengadakan perbincangan tertutup dengan 13 wakil pelajar berkenaan.

Menurut Gauth, jawatankuasa yang bakal dilantik akan mengkaji sistem pengundian terbabit samada mempunyai unsur-unsur penyelewengan atau pun pencerobohan oleh individu yang tidak bertanggungjawab..

Katanya, siasatan akan dilakukan bermula Selasa depan bagi membuktikan kepada pelajar berkenaan bahawa pihak universiti tidak memandang remeh dan mempunyai sikap tidak adil kepada mereka.

“Jika sudah terbukti ada kelemahan dengan sistem e-undi ini, satu pilihan raya yang baru akan diadakan semula dengan cara yang lama iaitu secara manual.

“Diharap pelajar akan bersabar dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak diingini di luar dugaan, “ katanya.

Terdahulu, demonstrasi membantah keputusan dan penggunaan e-undi dibuat oleh lebih 200 pelajarnya yang diketuai oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Shazni Munir.

Beliau berkata, demonstrasi ini dilakukan kerana menuntut janji Naib Canselor untuk meletakkan jawatan atau mengadakan semula PRK jika terdapat kelemahan atau ada masalah semasa e-undi berjalan.

Menurutnya, pilihan raya ini memang patut dilakukan semula kerana semasa pilihan raya berkenaan berlangsung terdapat gangguan internet (server down) di Kolej 12 selama lebih kurang satu jam.

“Kami mahukan Naib Canselor letak jawatan kerana sistem e-undi ini gagal berjalan lancar.

“Kami juga mahukan pengundian dilakukan semula dengan cara manual di mana terbukti tiada masalah,” katanya.

Shazli menyatakan, sistem e-undi juga lebih terdedah kepada unsur-unsur tidak ketelusan dan penipuan keputusan PRK boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, mereka merasa sangsi dengan sistem yang baru ini dan menganggap kerahsiaan pengundi dan juga calon tidak dilindungi sepenuhnya.

“Kami hanya mahu dua perkara, pilihan raya dilakukan semula secara manual atau pun Naib Canselor letak jawatan,” katanya.

Comments are closed.