Monthly Archives: March 2010

masa depan Mr Nice Guy

Mr Nice Guy

Do you remember you advised me about “masa depan saya”

I told you I intended to leave USIM because I couldn’t stand all the pressure

We might have different views on Masa Depan

masa depan to you may be getting phd, khidmat cemerlang, Gelaran Professor Madya, Gelaran Professor, Pension

masa depan to me means keberkatan hidup, sakaratul maut yang mudah,husnul khatimah, alam kubur yang aman, hisab yang mudah di Padang Mahsyar…. syurga

Masa depan yang gemilang InsyaAllah bagi semua yang mencari keredhaan Ilahi

Thanks anyway for the advice

Advertisements

UniMAP dakwa graduan diterima industri kosmo.com.my

UniMAP dakwa graduan diterima industri

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

KANGAR – Di sebalik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) masih bergelut memperjuangkan pengiktirafan terhadap ijazah kejuruteraan yang ditawarkan daripada badan profesional, pihak universiti itu mendakwa graduannya diterima baik dalam sektor pekerjaan di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin (gambar) berkata, lebih 90 peratus graduan keluaran universiti itu mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat besar walaupun tanpa gelaran IR yang diberikan badan profesional yang berkenaan

16 program UniMAP tidak diiktiraf kosmo.com.my

16 program UniMAP tidak diiktiraf

Oleh ARSHAD KHAN dan MAZLINA ABDUL MAJID
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional. Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

dua pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Intai perempuan-Kosmo!

Intai perempuan, dua dibelasah 11/03/2010 6:25pm KUANTAN – Gara-gara mengintai pelajar perempuan, dua pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Semambu di sini, semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt. Mohd. Haris Daud berkata, pelajar wanita berkenaan yang tinggal di sebuah rumah sewa di Semambu menyedari telah diintai oleh dua lelaki lalu menghubungi teman lelakinya bagi memaklumkan mengenai kejadian itu. Beliau berkata, ekoran rasa tidak puas hati, teman lelaki kepada pelajar perempuan berkenaan kemudian bertindak mencari dua pelajar terbabit di sekitar kawasan berkenaan bersama beberapa orang rakannya sebelum menemui mereka di kawasan stesen minyak itu kira-kira 12 tengah malam, semalam. “Ekoran daripada itu, berlaku satu pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua pelajar lelaki terbabit dicekik pada bahagian leher selain tubuh dan badan mereka dipukul dengan objek keras dipercayai menggunakan batang besi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Katanya, kedua-dua pelajar tersebut bagaimanapun berjaya meloloskan diri sebelum mereka yang cedera di kepala dan bahagian belakang badan dibawa oleh orang ramai ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. – bernama