dua pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Intai perempuan-Kosmo!

Intai perempuan, dua dibelasah 11/03/2010 6:25pm KUANTAN – Gara-gara mengintai pelajar perempuan, dua pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Semambu di sini, semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt. Mohd. Haris Daud berkata, pelajar wanita berkenaan yang tinggal di sebuah rumah sewa di Semambu menyedari telah diintai oleh dua lelaki lalu menghubungi teman lelakinya bagi memaklumkan mengenai kejadian itu. Beliau berkata, ekoran rasa tidak puas hati, teman lelaki kepada pelajar perempuan berkenaan kemudian bertindak mencari dua pelajar terbabit di sekitar kawasan berkenaan bersama beberapa orang rakannya sebelum menemui mereka di kawasan stesen minyak itu kira-kira 12 tengah malam, semalam. “Ekoran daripada itu, berlaku satu pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua pelajar lelaki terbabit dicekik pada bahagian leher selain tubuh dan badan mereka dipukul dengan objek keras dipercayai menggunakan batang besi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Katanya, kedua-dua pelajar tersebut bagaimanapun berjaya meloloskan diri sebelum mereka yang cedera di kepala dan bahagian belakang badan dibawa oleh orang ramai ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. – bernama

Comments are closed.