Pemilikan Harta Dalam Perkahwinan-Siti Zalikhah Md Nor

Pemilikan Harta Dalam Perkahwinan-Siti Zalikhah Md Nor

Dewan Bahasa dan Pustaka

1996

Buku ini memberi manfaat dan kajian terperinci permasalahan yang diutarakan penulis amatlah dialu-alukan lagi dinantikan. Antara isu yang menarik perhatian pengulas ialah berkenaan hukuman terhadap isteri atau suami yang mengambil harta pasangannya tanpa izin.Penulis juga tidak membataskan perbincangan dalam perundangan Islam sahaja malah turut membuat perbandingan dengan undang-undang Inggeris. Rujukan dibuat oleh Penulis terhadap fatwa-fatwa Negeri-negeri yang berkenaan. Penulis turut merujuk kepada perkembangan undang-undang di Mesir. Penulis juga berkeyakinan mengetengahkan pendapat mazhab-mazhab.Buku ini ibarat pembuka jalan dalam penerokaan undang-undang pemilikan harta dalam perkahwinan. Adalah merugikan sekiranya kajian dalam hal ini bernoktah di sini…..Terdapat jejak, ranjau, onak, duri dan lautan yang perlu dijejaki dan direnangi dalam lautan ilmu undang-undang harta.

Comments are closed.