Benarkan pensyarah, mahasiswa berpolitik – Pemuda UMNO Utusan

Benarkan pensyarah, mahasiswa berpolitik – Pemuda UMNO

30/07/2010 7:14pm

 

KUALA LUMPUR 30 Julai — Pergerakan Pemuda UMNO berharap kerajaan turut memberi kebenaran kepada pensyarah dan juga mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik seperti mana yang diberi kepada guru.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Sudah tiba masa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah melibatkan diri dengan politik, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu, di sini hari ini.

Beliau yang menyambut baik keputusan membenarkan guru aktif di dalam politik juga bersetuju dengan syarat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar golongan itu tidak membawa fahaman politik ke dalam bilik darjah.

Selasa lepas, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik. — Bernama

Comments are closed.