Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam di Malaysia-Fauzi Zakaria

Penulis: Fauzi Zakaria

Penerbit: Jundi Resources  hubungi telefon bimbit: 019 372 8844

Buku ini menceritakan perjuangan Sayyid Qutb di Mesir, keluarganya dan saat-saat kesyahidannya. Bab 4 mengutarakan Pengaruh Hakimiyyah Terhadap Pas dan Abim. (Saya sempat berkenalan dengan enam pemimpin ABIM , yang nyata saya tidaklah terkesan dengan peribadi mereka yang agak tidak menyenangkan kecuali Saudara Razak Idris yang menghormati saya. Ada yang berpura-pura, play it safe, berkepentingan peribadi lagi tidak amanah. Mereka tidak menghidupkan sahsiah dan roh pendakwah. Setakat nampak baik, lembut gigi dari lidah dan berpura-pura, hanya mengaburi pandangan khalayak. Yang terkena pasti dapat membeza intan daripada kaca, hanya jauhari dapat mengenal manikam). Oh ya, saya tersasar daripada ulasan buku ini…..Yang nyata tulisan ini bukan karya Professor Kangkung. Pemerhatiannya objektif dan tepat (rujuk muka surat 148). Saya amat terkesan dengan pesanan terakhir Assyahid Sayyid Qutb yang dinukil pada kulit belakang buku yang saya salinkan di bawah untuk anda nikmati:

Saudara!

Seandainyai kau tangisi kematianku

Dan kau siram pusaraku dengan air matamu

Maka di atas tulang-tulangku

Yang hancur luluh

Nyalakan obor buat umat ini

Dan…

Teruskan perjalanan ke Gerbang Jaya

Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan

Mendapatkan kekasih yang sedang merindu

Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku

Burung-burungnya berkicau riang menyambutku

Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur

Dan alam ini akan disinari fajar lagi

Biarlah roh ku terbang mendapatkan rinduNya

Janganlah gentar berkelana di Alam Abadi

Nun di sana fajar sedang memancar…

Comments are closed.