Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa. 1995

Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa. 1995. Khatijah Sidek.

Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942-309-3

RM25.00 (k.k) RM17.50 (k.l)

ISBN 967-942- 308-5 190 hlm.

Pengalaman pejuang ini dipenjarakan ketika hamil, melahirkan anak ketika menjadi tahanan penjara, menjadi ibu dan isteri dalam alam poligami yang penuh permainan, penindasan lagi menekan serta mengharungi sepak terajang politik cukup menyedihkan lagi menginsafkan saya. Namun saya tidak bersetuju dengan alasan Puan Khatijah berkahwin dengan suami orang iaitu “untuk menyelami perasaan orang lain yang turut bermadu”. Bercinta dan berkahwin dengan suami orang adalah menempah bala, ianya patut dielakkan selagi boleh dielak. Namun sekiranya ianya adalah taqdir, maka ianya adalah qadha dan qadar Al Qaadir. Namun isteri kedua, ketiga dan keempat lazimnya dipandang serong oleh masyarakat Melayu. Pihak suami yang menggatal, menggoda dan menanam tebu dibibir (menabur janji palsu) tidak pula dikecam atau diselar oleh masyarakat. Berbalik kepada buku ini, Puan Khatijah mempunyai semangat juang yang kental, namun beliau terpaksa menghadapi pelbagai ragam manusia yang gila kuasa lagi opportunis.Meskipun Puan Khatijah diperkuda, diperlakukan ibarat habis madu sepah dibuang dan hidup dalam serba kekurangan tanpa perhatian serta penghargaan yang sewajarnya oleh pihak berwajib, saya yakin perjuangan Puan Khatijah tidak sia-sia lagi tidak disia-siakan. Harimau mati meninggalkan belang, Puan Khatijah pergi ke alam abadi meninggalkan nama yang mekar mewangi dalam ingatan mereka yang menghargai perjuangan serta mengagumi kekuatan Puan Khatijah.AlFatihah.   

Comments are closed.