Salah Asuhan

Novel ini turut dicetak oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Saya belinya dengan harga RM1. Namun nilai estetika dan moral buku ini tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Novel karya Abdoel Moies ini amat meruntun perasaan kerana ia menyentuh kisah keangkuhan, lupa diri, penderaan isteri lantaran tidak sekufu, buang ibu,  buang anak, fitnah dalam rumahtangga, prejudis si penjajah, perkahwinan campur, pertembungan budaya dan peminggiran agama Islam kesan penjajahan Belanda. Protagonis buku ini sudah patah hati lantaran kematian isteri tercinta, apakah nasibnya berbeza sekiranya dia redha dengan qadha dan qadar? Ibunya yang hanya berpendidikan agama  dan dihina oleh si anak yang berpendidikan barat lagi berpangkat tinggi telah menzahirkan kesabaran dan sifat pemaaf apabila beliau sudi menerima anak biadapnya yang kembali sebagai bangkai bernyawa. Buku ini memberi pengajaran bahawa ilmu setinggi langit tanpa penghayatan agama Islam tidak memberi apa-apa manfaat ibarat jasad tanpa nyawa….

Comments are closed.