Tindakan tegas jika sengaja reka cerita – UM Utusan Malaysia

Tindakan tegas jika sengaja reka cerita – UM

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Pihak pengurusan Universiti Malaya (UM) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas calon promahasiswa, Masturah Abu Bakar sekiranya dakwaan dia diculik sengaja direka-reka bagi meraih undi pada pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), baru-baru ini.

Naib Canselor universiti itu, Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, buat masa ini, beliau ingin bertemu dengan Masturah bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya cuba mendapatkan Masturah dan keluarganya namun gagal dihubungi.

“Jika terbukti calon itu mereka-reka berita kehilangannya itu, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib kerana ia memalukan pihak universiti.

“Apa yang kita mahu sekarang adalah pelajar itu perlu mengemukakan jawapan berhubung kejadian tersebut untuk dibawa ke jawatankuasa tatatertib UM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Masturah, penuntut jurusan Sains Politik Syariah Islam di Akademi Pengajian Islam UM dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas membeli kad tambah nilai prabayar di Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam ketika berkempen untuk pilihan raya itu.

Selepas 30 jam dikatakan hilang, pelajar itu ditemui semula di Masjid Teras Hernang, Bangi tengah malam Ahad lalu.

Masturah kemudian muncul antara calon promahasiswa yang menang dalam pemilihan kelmarin.

Ibu Masturah, Mariam Abdul Rashid, 50, yang juga ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut mengadakan solat hajat yang diikuti dengan ceramah berbau kempen di Dewan Tunku Canselor ketika proses pemilihan MPPUM berlangsung di universiti berkenaan.

Ditanya sama ada pihaknya akan menggugurkan kemenangan Masturah kelmarin, Ghauth tidak menolak berbuat demikian jika terbukti calon itu mereka-reka kejadian kehilangan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia hanya akan dilaksanakan selepas beliau bertemu sendiri dengan Masturah untuk mengetahui kejadian sebenar selain merujuk kepada pegawai undang-undang UM.

Komen

Jom buat sembahyang hajat sebelum the ‘ghost of um’ menghantui ramai lagi mangsa. Ingat lepas dia buat naya kat aku, MMU singkirkan dia atas sebab “xxxx”. Cari sendiri apa sebabnya ghost ini disingkirkan dari MMU. Siasat apa dia dan Prof Chua buat di MMU!!! Adakah kamu Ghauth Jasmon peduli siswa siswi MMU bersekedudukan sampai melahirkan anak?????? Adakah kamu Ghauth Jasmon (pembicara ahli syurga ahli neraka denganku) peduli siswi beragama Islam MMU bersekedudukan dengan siswa MMU bukan Islam?

The Ghost menjulang siswa MMU  sebagai Raja kerana Money talks in MMU as it is a commercially-driven private university  but since UM is a public university (IPTA), then mahasiswa penyokong UMNO adalah Raja di mata the Ghost. The Ghost lapped up, licked and bent over backwards for the MMU  undergraduates  as they are the cash cows, the cows that provide the milk, filling up MMU’s coffers. Conversely the Ghost knows that UM’s masters unlike MMU are not the undergraduates but the government of the day (UM is a public university very much funded by the government). Thus undergraduates affiliated with the opposition or those who don’t support and criticise the government are persecuted. Would the hallucinating Ghost take action against Masturah had she been a proAspirasi candidate?

Comments are closed.