Penyebaran keaiban saya kepada staf Usim oleh “Ustazah Selebriti Nik Salida Suhaila Nik Saleh”

—–Original Message—–
From: Nama Sebenar Saya @usim.edu.my>
To: “Nik Salida Suhaila Nik Saleh” <salida@usim.edu.my>
Cc: “nc@usim.edu.my Mailing List” <nc@usim.edu.my>,”tnc.hea@usim.edu.my Mailing List” <tnc.hea@usim.edu.my>,tnc.hep@usim.edu.my, “dekanfsu@usim.edu.my Mailing List” <dekanfsu@usim.edu.my>,”Muhammad Nizam Awang @ Ali” <mnizam@usim.edu.my>
Date: Fri, 10 Oct 2008 09:00:51 +0800
Subject: Penyebaran keaiban Saya  kepada staf Usim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang disertakan surat saya kepada Puan. 

Puan Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Mantan Timbalan Dekan

Fakulti Syariah dan Undang-undang

Universiti Sains Islam Malaysia                                      10 Oktober 2008

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puan,

Saya amat kesal dengan sifat Puan (mantan Timbalan Dekan FSU) yang telah mengaibkan  saya di Universiti Sains Islam Malaysia. Puan menyebarkan bahawa saya “pernah sakit dan menghilangkan diri ketika berkhidmat bersama Puan di tempat lain dahulu”. Saya menyedari sejak dahulu lagi bahawa Puan gemar menjatuhkan & mengaibkan saya.

Bekas Ketua kita telah memaklumkan kepada semua rakan setugas termasuk Puan sendiri bahawa saya menghadapi kesusahan ketika itu dan rakan-rakan setugas yang sudi membantu saya menanda kertas periksa subjek saya agar tampil ke hadapan menolong saya. Puan dan beberapa rakan setugas telah saya amanahkan dan upah untuk menanda kertas periksa subjek saya kerana saya tidak mampu melakukannya ketika itu kerana saya menghadapi masalah diganggu oleh suami yang telah saya tinggalkan pada tahun 2000. Saya telah membayar Puan kerana menanda kertas periksa subjek saya dan saya lihat ketika itu Puan meredai upah yang diberikan.

Tetapi kemudian dalam mesyuarat selepas markah-markah dimuktamadkan, Puan telah menyokong kenyataan bekas Ketua kita bahawa ada seseorang di kalangan pensyarah yang membocorkan soalan kepada pelajar. Puan menyokong bekas ketua kita dengan menyatakan bahawa bukti wujudnya pembocoran adalah kuat berdasarkan cara pelajar menulis nombor soalan seolah-olah mereka sudah maklum dengan soalan-soalan yang akan dikeluarkan. Saya yakin Puan telah mengadu kepada bekas ketua kita bahawa sayalah yang telah membocorkan soalan kepada pelajar kerana Puanlah yang menanda kertas periksa subjek saya.

Puan telah mengaibkan saya di tempat kerja lama kita tetapi saya amat terkejut bahawa Puan tergamak mengaibkan saya di Universiti Sains Islam Malaysia dengan menyebarkan bahawa “saya pernah sakit dan menghilangkan diri ketika berkhidmat bersama Puan di tempat lain dahulu” lebih-lebih lagi Puan berpangkat lebih tinggi daripada  saya & sudah menjadi pendakwah selebriti terkenal. Patutlah Timbalan Naib Canselor Akademik, Dekan FSU, Ketua Program SMSU serta Puan sendiri memperlakukan saya laksana “orang sakit yang sebatang kara lagi dagang merempat di USIM dan tiada apa-apa”.

Saya kurang pasti niat Puan mengaibkan saya tetapi yang saya tahu dahulu Puan dengkikan saya kerana saya berasal daripada keluarga berada dan Puan sendiri nampak ayah saya memandu Land Rover Discovery dan maklum saya mendapat kereta secara percuma. Puan pernah berkata kepada saya, “Kak Min takpalah tak kerja pun tak apa. Duit kereta pun tak payah bayar.”

Mungkin juga Puan tidak puas hati dengan pembayaran upah saya dahulu, sila beritahu saya sekarang, biar saya lunaskan apa-apa hutang yang tertunggak sebelum ajal tiba.

Saya datang ke Universiti Sains Islam Malaysia untuk mendalami Agama Suci Allah Subhanahu Wa Taala.tetapi saya mendapati tempat ini dicemari dengan sikap buruk Puan yang suka menjatuhkan saya dan “cakap tidak serupa bikin.”, menyeru masyarakat untuk berakhlak mulia tetapi Puan sendiri menjatuhkan dan mengaibkan saya.

Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana dibesarkan dalam kemewahan sejak lahir sehingga saya tidak perlu menjual agama dan kebenaran dengan harga yang sedikit. Saya hanya perlu meneruskan hidup saya mencari keredaan Allah Subhanahu Wa Taala dan bukan keredaan manusia. “I don’t sell my soul to anybody and to Allah Azza Wa Jalla I shall return”.

Saya kecewa dengan perlakuan Puan terhadap saya sebagai pensyarah kanan, Timbalan Dekan FSU, seseorang yang memanggil saya “Kakak” dan rakan sekerja.

Harap Maklum.

Yang Benar

Yasmin Norhazleena Bahari

Comments are closed.