Category Archives: KOSMO!

The news that angered USIM Kosmo! 15 April 2009

http://www.kosmo.com.my/

Kosmo!
15 April 2009

Enggan beri markah kasihan – Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan

Oleh HISHAM IDRIS hisham.idris@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa ‘dipaksa’ meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.

Nor (bukan nama sebenar) memberitahu, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti dalam pemberian ‘markah kasihan’.

“Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya semalam.

Menurut Nor, 35, pemberian markah itu melibatkan pelajar dua kursus berlainan semester dua sesi akademik 2007/2008 lepas.

Menceritakan apa yang dilaluinya, Nor berkata, ia bermula apabila dia diberikan surat penjelasan mengenai kegagalan pelajarnya pada Jun lalu melalui dekan fakulti terlibat.

Kerana kegagalan para pelajar itu, dia kemudian dikritik hebat oleh pihak atasan dan mereka mahu dia menambah markah termasuk memberikannya berdasarkan kehadiran pelajar ke kelas sepanjang tahun semata-mata mahu mengurangkan jumlah pelajar yang gagal.

“Tapi saya berkeras. Mana boleh saya beri markah cara demikian sedangkan itu memang tanggungjawab wajib mereka untuk hadir ke kelas,” ujarnya yang menjadi pensyarah di universiti itu sejak Disember 2007.

Tambah Nor, pelajar terlibat bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi turut gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris.

Advertisements

Autonomi universiti diperketat – Kosmo Online

ARKIB BERITA pada:08/06/2009

Autonomi universiti diperketat

 

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Kementerian Pengajian Tinggi akan lebih berhati-hati mempertimbangkan tuntutan autonomi pihak universiti ekoran kesilapan Universiti Sains Malaysia (USM) mengumumkan senarai akhir kemasukan pelajar bagi sesi 2009/2010 baru-baru ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang tuntutan selepas ini akan diperhalusi sebelum kuasa autonomi diperluaskan kepada universiti-universiti penyelidikan lain. “Insiden itu mungkin akan melambatkan atau membuatkan kementerian lebih berhati-hati menerima tuntutan autonomi dalam pelbagai bidang oleh pihak universiti lain pada masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Kemas anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang Zon Scientex di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini semalam. Beliau mengulas kesilapan USM menyenaraikan nama semua pelajar yang layak iaitu kira-kira 8,173 calon, sedangkan jumlah pengambilan sebenar adalah 3,599 orang sahaja bagi kemasukan pelajar sesi 2009/2010. Kesilapan itu menyebabkan nama calon yang tidak ditawarkan juga terpapar dalam laman sesawang USM sehingga mengelirukan pemohon dan ibu bapa. Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Email kepada En Radzuan dari KOSMO! tentang KPT/MOHE & Dato’ Radin Umar

— On Wed, 4/15/09,
wrote:
From: myself
Subject: Penjelasan tindakan KPT:Pensyarah dipaksa berhenti
To: berita@kosmo.com.my, hisham.idris@kosmo.com.my, junhairi.alyasa@kosmo.com.my
Date: Wednesday, April 15, 2009, 9:37 PM

Encik Radzuan

Sebagaimana saya terangkan melalui telefon pada pukul 2020 tadi,

1. Saya mengadu kepada Dato’ Radin Umar Ketua Pengarah IPTA,KPT pada 10 Jun 2008. KPT menjawab pada 10 Jun 2008 menyatakan” saya akan minta Prof Rujhan siasat dan membetulkan jika terdapat penyelewengan.”

2. Saya mengadu lagi kepada Dato’ Radin Umar Ketua Pengarah IPTA,KPT pada 19 Jun 2008 selepas dicerca “You are a failure” dan dihalau “You should leave our university” oleh Timbalan Naib Canselor Akademik Prof Dato Dr Muhammad Muda pada hari yang sama (19 Jun 2008).KPT menjawab pada 24 Jun 2008 menyatakan “Im in Australia. Have asked Prof Rujhan to look into it.
3. Saya mengadu lagi pada 9 September 2008 kepada Dato’ Radin Umar Ketua Pengarah IPTA,KPT menyatakan saya telah hilang sabar kerana ketua-ketua saya bertindak sesuka hati menganiaya saya tanpa merasa risau menerima hukuman. Saya tidak menerima jawapan langsung daripada Dato’ Radin Umar Ketua Pengarah IPTA,KPT.
4. Saya meletak jawatan pada bulan November 2008 kerana USIM tidak berlaku adil terhadap saya.
5. Saya menulis email pada 27 November 2008 kepada Dato’ Radin Umar Ketua Pengarah IPTA,KPT untuk berjumpanya berkenaan kedudukan saya di USIM. Tiada jawapandaripada Dato’ Radin Umar Ketua Pengarah IPTA,KPT..
6. Saya menulis email pada 2 Disember 2008 kepada Dato’ Radin Umar Ketua Pengarah IPTA,KPT menyatakan saya benar-benar perlukan bantuannya.Dato’ Radin Umar Ketua Pengarah IPTA,KPT menjawab pada 2 Disember 2008 “Could you see datuk yusof dep dg. He has been following yr case.”
7. Saya menerima surat daripada KPT bertarikh 3 Februari 2009 menyatakan:
” Senat USIM telah bertindak wajar atas kapasitinya selaku authority tertinggi dalam hal ehwal akademik dan mempunyai hak untuk memohon markah pelajar dinilai semula”

Pada perenggan 4 surat tersebut, pihak KPT menulis:”Setelah mengambil kira kesemua aspek perbincangan antara saya, Puan dan juga Pengurusan USIM, saya mendapati bahawa tidak timbul sebarang salah laku dari aspek perundangan berhubung kes Puan.”

8. Saya mengadu pada bulan Jun 2008 dan KPT hanya memberi jawapan pada Februari 2009 bahawa tidak timbul sebarang salah laku dari aspek perundangan berhubung kes saya.

9. Jika saya tahu jawapan KPT adalah seperti di atas, saya tidak akan meletak jawatan pada November 2008 iaitu 5 bulan selepas membuat aduan.

Harap maklum. Terima kasih Tuan-tuan.